Monday, July 16, 2012

Apakah Guinea Pig?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pasti anda tertanya-tanya apakah itu Guinea Pig? Ia adalah seekor haiwan yang lebih besar daripada hamster dan lebih kecil daripada arnab. Ada sesetengah orang memanggilnya arkus iaitu nama gabungan daripada arnab dan tikus. Haiwan ini amat comel sekali dan ia amat sesuai dibela oleh semua orang. Kalau anda ingin melihat gambarnya, boleh search di internet, ada pelbagai gambar yang comel dan melucukan. 

Cara penjagaannya boleh dikatakan agak mudah juga. Yang penting tempat atau kandangnya kena bersih, makan dan minum juga perlulah mencukupi. Ia sejenis haiwan yang amat sukakan kepada kebersihan. Jika tempat tinggalnya kotor, ia akan mudah jatuh sakit.  Sama seperti manusia, kita pun tidak sukakan tempat tinggal yang kotor kan, kita mahu semuanya bersih supaya kita selesa untuk tinggal di dalamnya. 

Sekian, 

Nur Farahidayah Binti Mohd Rouse (nfmr)

 

No comments:

Post a Comment